Harry Potter dibebani suatu tugas berat, berbahaya dan kelihatan mustahil. Menjejaki dan memusnahkan baki Horcrux-Horcrux Vodemort. Harry belum pernah berasa begitu kekosongan atau memandang masa depan dengan penuh ketidakpastian seperti dialaminya sekarang.
Pertengahan musim panas tetapi kabus diluar musim yang melanda menerpa cermin-cermin jendela. Di bilik rumah keluarga Dursley di Privet Drive, Harry Potter sedang tertunggu-tunggu penuh cemas Profesor Dumbledore datang menjemputnya.
Harry Potter naik angin kerana dibiarkan terkontal- kantil di rumah keluarga Dursley sepanjang cuti musim panas walhal dia mengesyaki pada masa yang sama, Voldemort sedang mengumpul pengikut dan dia mungkin akan disergap.
Apabila perlawanan Quidditch Piala Dunia dicemari oleh insiden amok para penyokong Voldermort serta kemunculan Tanda Kuasa Jahat, jelas yang Voldemort bukan semakin lemah tetapi sebaliknya!
Selama ini Harry Potter menyangka yang dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yang menumpang di rumah ibu dan bapa saudaranya sehinggalah dia bertemu seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hogwarts belajar bermain Quidditch dan berjuang untuk menyelamatkan nyawanya.
Harry Potter seorang ahli sihir terkemuka yang menentang kuasa jahat dan ilmu hitam. Harry yang kini merupakan pelajar tahun ke-2 di Sekolah Ahli Sihir Horwarts tidak mengetahui bahawa seperti tahun lalu, pengalaman yang menggerikan menantinya di Hogwarts.
Selama ini Harry Potter menyangka yang dia hanya seorang budak lelaki biasa, anak yatim piatu yang menumpang di rumah ibu bapa saudaranya sehinggalah dia bertemu dengan seorang lelaki gergasi, mendaftar di Sekolah Ahli Sihir Hoqwarts, belajar bermain Quiddicth dan berjuang untuk menyelamatkan nyawanya.