Sultan Muhammad Al-Fateh adalah seorang pemimpin yang warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubi (Pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (Pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh.