THMSI adalah hasil karya yang boleh menggincang hati dan perasaan. Prof Dr. Muhd Kamil Ibrahim Berjaya membawa pembaca mengenal kebesaran Allah dengan gaya bahasa yang mudah, ringkas dan bersahaja.
Usahawa Akhirat memberi harapan betapa pilihan mahu ke syurga belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke kerongkong. Usahawan Akhirat sentiasa berasa muda lagi bahagia kerana sentiasa berasa puas hati terhadap nikmat kehidupan yang dianugerahi Allah.mereka sentiasa bersyukur.
Buku ini umpama membongkar satu lagi jalan-jalan tipu daya iaitu hamba-hambaNya yang berasa terpilih kerana Berjaya menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barakah, namun hakikatnya mereka gagal meraih hikmah.