Ujian bahasa bisu. Hadirnya tidak terduga. Adakala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Adakala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya ... terlupa siapakah kita disisi-Nya. Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-Nya?
Dek kerana fitnah dan dihukum bapanya sendiri, Saifudin menjadi perantau di Bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim disitu. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.
Being a teenager is both wonderful and challenging. In this book applies the timeless principles of the 7 habits to teens and the tough issue and life-changing decisions they face.
Buku ini menampilkan konsep kriteria muslim berkualiti untuk dijadikan garis panduan kepada para pelajar bagi membentuk blue print baru yang lebih segar dan berkualiti.
Kekuatan fikiran sebenarnya lebih dasyat daripada yang anda bayangkan. Sesiapapun anda: pelajar , tenaga pengajar dan pekerja, bacalah buku ini agar potensi diri anda terbebas dari belenggu fikiran negative.
Kebahagian yang dinilai dari sudut keuntung apabila bertransaksi dengan Allah s.w.t. Kebahagiannya bukan sahaja di dunia malah juga kebahagiaan di akhirat yang hakiki dan sebenar.
Semua manusia sama pada pandangan Allah Taála. Orang sekeliling merupakan refleksi kepada diri kita. Kita akan nampak diri kita dalam setiap orang yang berada di sekeliling kita.
Sebuah jurnal yang dapat membantu anda melihat kebahagian dari sudut yang berbeza sekaligus melepaskan anda daripada zon tekanan hidup.Panduan kepada oembaca untuk mencapai kebahagiaan bukan sesuatu yang bersyarat untuk dimiliki tetapi ia juga bukan sesuatu yang percuma dating bergolek.
Demi mendapatkan hati yang bersih dan jauh daripada sifat-sifat yang negative, jurnal ini adalah pilihan yang tepat untuk mendidik hati supaya lebih bersifat positif.
Buku ini memberi penekanan terhadap konsep "kesyukuran".Semakin kita dekat dengan Allah, semakin kita berjaya dunia dan akhirat. Jika kita menjaga urusan Allah, Allah menjaga urusan dunia kita hingga sampai tahap malu kita hendak meminta selain daripada Allah.