Catatan perjalanan hidup ini dinukilan sebagai tanda ingatan ketika diri penulis dalam proses mempelajari nilai kehidupan yang sebenar. Pengembaraan meraih ilmu dan melewati perjalanan kehidupan dirantau orang menjadikan penulis lebih memerhati lebih responsif dan lebih dewasa.
Kumpulan Pantun Kanak-Kanak dua kerat ini mengumpulkan pantun yang merangkumi lima tema iaitu berbudi bahasa, nama-nama ikan,bahasa diraja alat muzik dan alat muzik tradisional.
Menghimpunkan 4 buah skrip drama pentas kanak-kanak yang hadir sebagai satu wacana sastera bagi mengisi kelompangan teks sastera untuk kanak-kanak.
pembaca diberi pendedahan terhadap jenis-jenis pantun, sejarah pantun selain panduan mengenal jenis pantun, bahagian-bahagian pantun, unsur-unsur dalam pantun serta proses penciptaan pantun.
Raja Lawak cuba mengungkap realiti kehidupan seorang seniman yang sentiasa dipandang tinggi, mewah dan sebagainya. Keadaan sebenar kehidupan seorang seniman disebalik tirai lawak jenaka dan bukannya cerita tentang pelawak itu.
Kumpulan skrip darama pentas ini menghimpunkan tiga skrip drama pentas.
Travelog ini merakamkan catatan peribadi Aishah Ghani semasa mengejar cinta pertamanya iaitu melanjutkan pelajaran di London pada tahun 1955. Dalam setiap tulisannya ada suara berani dan bernas yang penuh semangat nasionalisme meskipun jauh di negara lain. Ia juga mewakili pandangan seorang perempuan Melayu tahun 50-an yang tajam dan kritis.
Jajahan Bonda dibangunkan dengan usaha dan keringat, dengan kerjasama dan semangat. Jajahan Bonda diwarnai oleh kehidupan penghuninya yang pelbagai matlamat, yang walaupun diselirati aral dan musibah, mereka sentiasa tabah dan kuat.