Novel ini berlatar belakangkan kemelut politik tahun 1998 dan beberapa tahun yang berikutnya, tahun-tahun yang telah membuka mata orang banyak tentang politik yang kemudiannya telah mengubah landskap politik negara.
Kuasa asing silih berganti datang menjarah. Kemakmuran di tanah warisan leluhur dibongkar dan diangkut ke bumi asing. Ada anak watan yang bangkit menuntut hak. Kemerdekaan tidak mudah dicapai. Pelbagai onak dan duri terpaksa ditempuh. Dan mengisi kemerdekaan memang bukan suatu kerja yang mudah.
Kumpulan Puisi Kota Subuh ditukangi dalam persekitaran kesunyian Subuh yang ruangnya tumpat dengan kata-kata dan punya bahasa yang sukar difasihi. Dua bahagian dalam puisi merakam pengalaman peribadi dan perjalanan kerohanian kendiri serta catatan protes marah, simpati dan teladan.
Memuatkan 90 buah puisi Zulfazlan Jumrah yang dipecahkan kepada empat fragmen. Ia mengisahkan tentang dirinya dengan bait jujur berima dan diksi nukilan serba sederhana tetapi mengesan jiwa.
Sebahagian besar dari puisi ini diangkat daripada epik Wayang Kulit Kelantan, khususnya Ramayana. Penyair mendokumenkan wayang kulit dan cerita rantingnya yang semakin mengecil dan terhakis dalam kumpulan puisi ini.
Berlatar belakangkan perenungan panjang dan diam terhadap alam persekitaran yang menggugah hati seorang manusia yang perasa. Kebanyakkan puisi dalam bahagian ini diilhamkan oleh perjananan, ziarah kunjungan serta rakaman potret diri.
Sidang Kultus tampil menggugah naluri dan pemikiran. Tema-tema akal budi bangsa dalam sejarah dan sahsiah yang menguji permainan bahasa berdiri berani menyuarakan pandangannya dalam kumpulan puisi ini.
Magically weaves a web of narrative about a man who claims to fight for this country, who constantly crosses geographical and ideological boundaries in the course of this struggles and who then finds himself back at the starting point the truth.