Cabaran merebut takhta kejuaraan bukan sekadar mengumpul mata penamat. Terisi segalanya cabaran dan dugaan, halangan dan konflik.
Balas dendam, pencarian keluarga kandung, keadilan, kasih sebuah kecintaan, air mata dan kesetiaan seorang lelaki yang bernama suami, adalah satu janji yang melingkari hidup Luqman.
Rahsia susur galur Aiddin sengaja dirahsiakan oleh ayahnya Ibrahim. Bagaimanapun kehidupan manusianya yang gembira dan ceria, tercalar apabila disahkan menghidap barah otak tahap empat. Jiwanya terganggu dan sejak itu, Aiddin suka bersendirian.
Ellani dan Ellana kembar seiras yang tinggal bersama mak ngahnya selepas kematian ibubapa mereka. Mak ngah Gayah membezakan kasih sayangnya. Ellana dilayan bagaikan puteri. Sedangkan Ellani diperlakukan tidak ubah seperti hamba abdi.
Allah menciptakan cinta, jester cinta harus dipertahankan dengan sebaik-baik cara. Maka itu sebagai manusia, Saifudin atau Laksamana Sunan tidak terlepas daripada belenggu cinta.
Dek kerana fitnah dan dihukum bapanya sendiri, Saifudin menjadi perantau di Bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim disitu. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan.
Pelayaran jauh Catalina dari Libson, Portugal ke Melaka telah menemukannya dengan Saifudin, yang sekali gus telah membongkar siapa Maryam yang sebelum ini hanya ditemui di dalam mimpi.
Banyak teka-teki yang sukar disimpulkan. hanya iman dan takwa mampu melihat di sebalik takbir waktu. Persoalan muncul dalam bentuk yang menyakitkan: keterbalikan cinta, keliru antara bayang dan jasad serta kitaran waktu yang mencetuskan huru-hara. Sentuhan ini bermain dengan ilusi, saspen, pembohongan dan kekejaman.