Siri arkib perbincangan dan perkongsian intensif yang membincangkan kaedah ASAS bagi seni rekabentuk dan atursusun untuk paparan grafik antaramuka pengguna. (GUI) dengan memfokuskan kepada teori warna, bersama konsep Feng-Shui serta pelbagai teknik terkini untuk aplikasi Photoshop CS2 versi 9 yang terbaru dan diikuti dengan lebih dari 100 contoh paparan GUI lengkap.
kaedah terkini bagi menguasai penggunaan FlashMX versi 7.
Buku ini menerangkan beberapa kaedah lanjutan bagi menghasilkan objek-objek 3D dengan peralatan yang disediakan oleh aplikasi Discreet 3D Studio Max 7.0 seperti menggunakan unsur-unsur tekstur dan cahaya, membentuk persekitaran dunia 3D menghasilkan animasi 3D hinggalah kepada penghasilan kesan khas 3D utk proses produksi, pengenalan kpd simulasi fizik Havok Reactor 2.0 dan banyak lagi.
Buku ini membincangkan beberapa kaedah untuk anda berhijrah dari ActionScript 1.0 dalam versi Flash terdahulu kepada ActionScript 2.0 dalam versi Flash MX 2004 Professional ini.
Buku ini mendedahkan suatu penggunaan bahasa aplikasi Flash ActionScript melalui ASAS kepada Pengaturcaraan Berorentasikan Objek (Object Oriented Programming - OOP) sememangnya banyak digunakan di dalam bahasa pengaturcaraan lain seperti C/C++, JAVA dan sebagainya.