Catatan bersifat reflektif itu berperanan sebagai cermin belakang kereta bagi kita semua melihat ke dalam diri bagi kita melihat perjalanan yang sudah ditinggalkan menuju hari depan dengan selamat dan membahagiakan ke destinasi negeri abadi.
Buku ini umpama membongkar satu lagi jalan-jalan tipu daya iaitu hamba-hambaNya yang berasa terpilih kerana Berjaya menjejakkan kaki ke bumi yang penuh barakah, namun hakikatnya mereka gagal meraih hikmah.
Masa yang berlalu ini terletak pada cara setiap kisah digarap sehingga menimbulkan tanda tanya yang mengujakan. Buku ini adalah sebuah autobiografi yang tawaduk tetapi mesra dan berupaya mengusik sukma pembaca.
Travelog Kehidupan Abadi , perjalanan menuju dewasa membenarkan untuk berfikir dan merenung kembali sebgai seorang lelaki, ayah dan insan yang sedang menuju kedewasaan yang hakiki.