30 Cara Berfikir Untuk Menjadi Eksekutif Cemerlang
Buku ini menerangkan dengan jelas cara berpakaian yang betul, tatatertib di meja makan, penyusunan meja makan dengan cara yang betul, adab sopan dalam pertemuan dan perkenalan dalam majlis.
Buku ini menerangkan tentang cara mengendalikan seminar dan konferens yang dinamik dan efektif. Peruntukan belanjawan bagi menganjurkan seminar ataupun konferens. Perancangan dalam memilih tarikh,masa dan lokasi program. Promosi terbaik bagi menarik kehadiran ramai peserta. Aspek keselamatan semasa program. Penilaian kualiti ataupun matlamat program.
Buku ini memberikan panduan berkenaan aktiviti yang berjalan di peringkat pejabat tanpa mengira saiz syarikat. Antara tip-tip yang diberikan adalah pengurusan dokumen, pengurusan maklumat, pengurusan kewangan dan pengurusan komunikasi.
Eksekutif Efektif mengenal pasti aspek-aspek yang dapat membantu eksekutif mengurus masa, meningkat produktiviti organisasi. Bekerja dalam sistem yang lebih tersusun. Mengenal pasti keutamaan semasa bekerja. Mencambah idea dalam membuat keputusan yang tepat.