Beberapa abad selepas kewafatan Nabi Adam dan Nabi Idris, muncul alim ulama serta orang-orang soleh yang mengajak manusia supaya menyembah Allah semata-mata. Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Dialah cicit Nabi Idris yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh AS.