Catatan bersifat reflektif itu berperanan sebagai cermin belakang kereta bagi kita semua melihat ke dalam diri bagi kita melihat perjalanan yang sudah ditinggalkan menuju hari depan dengan selamat dan membahagiakan ke destinasi negeri abadi.
Rahsia menjemput rahmat membawa anda menemui rahsia menjemput belas kasih Allah yang membawa kita ke dalam syurga-NYA dengan melahirkan cinta luar biasa yang Islami.
Carilah cinta Allah kerana dengannya, rahmat dan barakah akan hadir bersama. Dan atas asbab cinta ini, kita akan menghadap-NYA dengan rasa kepalang gembira kerana akhirnya syurga-NYA menjadi segala usaha kita.
Himpunan tip yang boleh diamalkan segenap lapisan usia dalam membina keperibadian yang mulia dan masyarakat sejahtera. Marilah kita berpegang pada akidah yang teguh, mengamalkan Islam secara menyeluruh dan mencintai agama ini sepenuh jiwa raga.
Ujian bahasa bisu. Hadirnya tidak terduga. Adakala ujian itu bertandang untuk membersihkan dosa. Adakala untuk mengajak kita bertanya, apakah diri sudah terlupa. Ya ... terlupa siapakah kita disisi-Nya. Terlupa kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Apakah masih ingin menderhaka pada-Nya?
Buku ini memberi penekanan terhadap konsep "kesyukuran".Semakin kita dekat dengan Allah, semakin kita berjaya dunia dan akhirat. Jika kita menjaga urusan Allah, Allah menjaga urusan dunia kita hingga sampai tahap malu kita hendak meminta selain daripada Allah.
Menyorot isu- isu yang bersangkutan dengan tamadun dan bagaimana masyarakat Islam dikemukakan secara meluas.
Akad jual beli adalah akad yang penting dan seiring digunakan oleh setiap lapirsan masyarakat. Usaha mengupas hikmah-hikmah disebalik akad jual beli adalah satu usaha yang penting dan perlu diberi perhatian. Buku ini mampu mengupaskan kekeliruan yang timbul dalam jual beli secara khusus dan yang berkaitan harta secara umumnya.